Sejarah penubuhan sekolah ................
SK Pendidikan Khas (P) Miri bermula pada 1987 dengan sebuah kelas dijalankan secara Integrasi di SK Anchi, Miri. Murid-murid terdiri dari kategori bermasalah pendengaran.
Pada tahun 1997, SK
Pendidikan Khas telah diberi kuasa untuk mempunyai pentadbirannya
sendiri dibawah penyeliaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Guru Besar yang pertama ialah Puan Hazlina Tho
Abdullah dan dibantu oleh 5 orang guru. Walaubagaimanapun pejabat dan kelas masih lagi menumpang di SK Anchi, dengan 2 kelas asal diubahsuai menjadi 5 buah kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pejabat Am berkongsi dengan bilik SPBT SK Anchi.
Pada tahun 2000 SK Pendidikan Khas diberi 2 bangunan asrama lama SMK Agama, Miri setelah mereka
berpindah. Pengubahsuaian berperingkat menjadikan Blok A sebagai blok pentadbiran dan bilik darjah.

Pada tahun 2001 SK Pendidikan Khas (P) berpindah ke tempat baru setelah pengubahsuaian siap dijalankan dan diberi kelulusan sehingga kini. Pada tahun 2003 pengubahsuaian sa
tu lagi blok lama iaitu Blok B diadakan dan kini menempatkan bilik panitia, Pusat Sumber dan Bilik Pertuturan, bilik bimbingan dan kaunseling serta surau mini. Pada tahun 2004, Kelas Prasekolah telah dibuka secara rasmi.

Pada tahun 2005
Encik Stanly Aba mula menjawat jawatan Guru Besar dan program Kelas
Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) turut dibuka pada 2006. Sekolah ini semakin berkembang dengan
penerimaan murid masalah penglihatan yang dibuka bermula tahun 2009.
No comments:
Post a Comment