Dari Meja Guru Besar
Bersyukur kita kerana kita telah diberi kekuatan
serta sihat sejahtera dalam usaha menjayakan visi dan misi sekolah iaitu
memastikan sekolah dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani,
jasmani, sosial dan mental sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
warga pendidik serta staf sokongan SKPK MIRI dengan mendoakan agar kita dapat
berkhidmat dengan baik dan penuh kesempurnaan.
Untuk tahun 2015 kita perlu mempertingkatkan lagi
usaha, semoga dengan adanya Buku Perancangan Dan Pengurusan Sekolah ini dapat
menjadi garis panduan kepada semua guru dan staf sokongan agar dapat berganding
bahu dalam satu pasukan ke arah melaksanakan kerja serta tugas harian dengan
penuh bertanggungjawab bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
agar dapat mencapai matlamatnya.
Terima kasih kepada semua guru dan staf sokongan
yang telah memberi penuh kerjasama dalam menjayakan segala program yang
dirancangkan demi kemajuan sekolah yang berterusan bagi mencapai visi dan misi
SKPK MIRI.
Sekian
EN. STANLY ABA@YABA
GURU BESAR SKPK MIRI
No comments:
Post a Comment